Selasa, 1 Disember 2015

Kisah Ali, Abu Dan Kawan-Kawan

Tersebutlah kisah, adapun kisah ini telah wujud sezaman dengan Laksamana Hang Tuah dan rakannya. Dari penceritaan yang asal usul kesahihan cerita ini mungkin ada benar dan mungkin tokok tambah kerana cerita ini telah diturunkan dari zaman itu sampailah kepada pembaca yang sedang membaca cerita ini. Adapun tempat kejadian cerita ini masih lagi dikaji, dimanakah tempat ini berlaku? 

Satu yang pasti cerita ini berlaku didalam sebuah hutan tebal dimana ada 7 sekawan tinggal dan membuat perkampungan yang dipanggil Perkampungan Mesra. Di perkampungan mesra ini, tinggallah 7 sekawan, Ali, Abu, Hamid, Pian, Malik, Daud dan Aiman. Mereka tidak perlukan siapa yang menjadi ketua bagi perkampungan tersebut. Katanya, " Siapa perlukan ketua kalau kita semua sudah bersatu hati, bukan? "


Di Perkampungan Mesra, 7 sekawan ini tinggal di pondok yang agak sederhana. Sama saiznya, sama luasnya dan sama nikmatnya. Sama rata katanya. Di pagar rapi dengan hanya ada satu sahaja pagar keluar masuk ke perkampungan itu iaitu pada Pagar Utama. Mereka mendirikan sebuah Balai Raya sebagai tujuan mereka boleh berkumpul untuk berehat bersama, bertukar-tukar cerita, menjalankan perjumpaan bagi membincangkan hal-hal tergempar mahupun perbincangan yang terancang dan lain-lain aktiviti bersama bagi 7 sekawan itu. 


Meskipun begitu, mereka hanya mengusahakan ladang dengan pembahagian 6 dari 7 orang dari mereka. Pian tidak mahu berkongsi atas dasar dia mampu untuk menyara hidupnya sendiri dengan usaha dia sendiri. Manakala, 6 yang lain terpaksa bersama-sama membahagikan kerja untuk mengusahakan ladang tersebut dan hasilnya, separuh akan dijual di pekan yang berhampiran dan separuh lagi akan disimpan di Bilik Simpanan Makanan. Segala hasil yang diperoleh di ladang hanya akan dibahagikan kepada semua orang yang mengusahakan ladang tersebut sama rata nilainya kecuali bagi Pian. Pada masa ini, timbulah rasa akan beruntungnya sekiranya kesemua 7 sekawan ini dapat mengusahakan ladang ini supaya beban untuk mengusahakan ladang ini akan lebih ringan dan hasilnya bolehlah dibahagikan kepada semua 7 sekawan itu.

Pada asalnya semua yang mengusahakan ladang itu, bersetuju dan melakukan tugas masing-masing dengan baik bagi membolehkan hasilnya dikongsi dengan sama rata oleh 6 orang sekawan tersebut. 

Tiba-tiba, pada satu hari yang tenang, mereka mendapati hasil yang mereka simpan di dalam Bilik Simpanan Makanan hangus terbakar. Hangus rentung bilik itu besama hasil yang tersimpan di dalamnya. Maka bagi bulan yang akan datang, 6 sekawan yang berkongsi mengusahakan ladang tersebut terpaksa berlapar selama sebulan tanpa makanan.

Perjumpaan tergempar diadakan di Balai Raya untuk kesemua 7 orang sekawan terebut

Hamid   : Bagi menangani masalah kekurangan makanan untuk sebulan yang akan datang, kita akan gandakan usaha kita terhadap ladang tu pada bulan ini, Usaha paling sikit ialah 2 kali ganda yang boleh kita buat. Ada cadangan lain? Setuju?

Dengan rela hati bagi musibah yang mereka berenam lalui, mereka akur dengan cadangan tersebut. Pian yang turut ada dalam perjumpaan tersebut hanya tumpang simpati atas musibah yang kawan-kawannya lalui.

Tiba-tiba, terdengar suara Abu bersuara
" Aku keluar "

Semua dari mereka pelik dengan apa yang Abu tiba-tiba suarakan.

Malik   : Abu, apa yang kau tiba-tiba keluar ni?
Abu      : Aku keluar dari berkongsi usaha dan hasil ladang ni.
Hamid  : Tapi Abu, kalau kau keluar, sakit lah kami nak tanggung usahakan ladang ni nanti. Memang lah hasilnya nanti kami bahagikan 5 orang je, tapi sakit tetap sakit.
Abu      : Korang tak dengar ke aku cakap aku keluar!!!!!

Abu berlalu pergi tinggalkan perjumpaan itu. Abu merupakan kawan mereka yang paling tua selepas Daud dan manakala 5 yang lain lebih muda dari Daud dan sebaya.

Dalam keadaan senyap yang terkejut begitu, tiba-tiba Ali pula bersuara

" Aku juga keluar "

Hamid dan kawan-kawan dengan muka ketat pandang Ali

Hamid  : Kau jangan buat gila!!! Kau kena ada dalam sini (perkongsian ladang)
Aiman  : Sudah lah Abu keluar, ini kan pula kau. Ini member aniaya member ni. Tak boleh!
Ali        : Habis Abu tu?
Hamid  : Abu tu kan orang tua, biasalah kuat merajuk. Sensitif banyak dia tu
Ali       : Tahu pun korang dia tu kuat merajuk, habis tu selama ni korang bagi muka sangat dekat dia. Sikit-sikit Abu je yang korang dengar dan lebihkan. Aku? Korang marah-marahkan. Aku nak korang lain kali letakkan marah dan layan korang tu sama apa yang aku dapat pada Abu.

Meskipun Ali agak marah atas layanan yang kawan-kawannya beri selama ini, dia tetap tolong mengusahakan juga ladang tersebut bagi menolong 4 lagi rakannya, Hamid, Aiman, Daud dan Malik yang masih mengusahakan ladang itu.
Semenjak dari peristiwa itu Abu sudah tidak lagi bercakap dengan kawan-kawannya di Perkampungan Mesra itu lagi. 

Sebulan selepas mereka dapat mengusahakan kembali ladang mereka dan ladang mereka kembali stabil, Abu telah membuat keputusan untuk keluar dari Perkampungan Mesra. Selepas itu, tiada lagi kedengaran khabar berita dari Abu. Masih hidupkah? Sudah kayakah? Sihatkah? Tidak siapa yang tahu. 

Kemana Abu pergi membawa diri, masih tidak dapat dijejaki. Para sejarahwan percaya Abu mengakhiri perjalanan keluar dari Perkampungan Mesra di Terengganu. Ada pula yang mengatakan di Selangor. Entah dimana Abu sekali pun, harapnya Abu bukan lagi seorang yang manja.



Jumaat, 27 November 2015

Hobi Lama Buat Jadi Baru

Memang kalau main 'game' jadi hobi dari dulu. Dari dulu lagi sebelum PewDiePie jadi terkenal dengan video rakaman beliau, sudah terniat mahu rakam, sejak dari zaman sekolah menegah lagi. Cuma sekarang sudah ada kelapangan untuk buat video sendiri. 

Banyak lagi akan menyusul. Buat untuk suka-suka


Jumaat, 20 November 2015

Apa!? Korang semua terkejut?

Jadi, dalam beberapa hari yang lepas aku dapat lihat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan generasi kawan-kawan aku dan dia terhadap post aku di Instagram. Kelakar, lawak, terhibur dan semua yang sama makna denganya aku dapat rasa.

Post yang mana? Yang ni


Reaksi mereka pelbagai. Paling banyak aku dapat ialah ucapan tahniah. Oh terima kasih atas ucapan tahniah kalian semua. Pada 12 jam pertama gambar itu di Instagram, dia mengadu semua kawan-kawan kami Whatsapp dia secara peribadi. Yang hairan dan peliknya, tiada seorang pun yang Whatsapp aku untuk tanyakan hal gambar ini. Pada keesokkan harinya, barulah ada beberapa insan yang 'ingin tahu tinggi' tanyakan aku pasal gambar tersebut. Aku puji tndakan mereka.

Ada yang Whatsapp aku tanpa salam dan tanpa tanyakan apa-apa dengan ini

"Ever heard about a picture worth thousand words?"

Itu kelakar.

Apa kalian terkejut dengan apa yang aku mampu? Ingat Arif Haikal tak 'market'? Apa kurang percaya Arif Haikal tidak mampu bertanggung jawab beri komitmen? Terkejut? Kurang percaya yang mana ada mungkin gadis boleh jatuh hati dengan Arif Haikal?

Bagi yang malas sangat untuk membaca, mereka tidak akan tahu bahawa gambar itu hanyalah rekaan semata-mata. Kami masih berkawan seperti biasa tiada apa yang lebih dan tiada apa yang kurang. Mohon sedar itu. Ini satu pencerahan. Tapi kenapa? Itu ada satu cerita lain di sebalik gambar itu yang aku rasa tidak penting untuk diceritakan.

Jadi selepas ini, kalau ada mana-mana yang tidak buat pembacaan disini dan masih menanyakan perihal 'hubungan' kami atau mengenai gambar tersebut, dengan mudah aku akan jawab

" Do you have a bae? Or nah? "



Ahad, 1 November 2015

Reason For Helping

Almost 3 week in Terengganu for convocation celebration. Still, I cannot secure myself to any supervisor for my planning in postgraduate study in UMT. People that used to be I know during my undergraduate study in UMT showed various of reaction toward me staying here. Shocked because I will not continue study here. Happy because we have not meet for a certain period of time. Puzzled because why I still here in UMT. You name it, I feel it.

I guess its time to say goodbye to Terengganu and move on to my next step and level of life. Move one to new places, gaining new knowledge, face new challenge and obtain new experience



So, during my stay here. I was helping one of my incredible friend for her master sampling in Setiu Wetland. I volunteered myself to help 2 days sampling with her. It was fun actually and also got a little trouble when you need to face some people's attitude while sampling. Although I am not sampling for my master study yet because I don't have any, at least I already gained some knowledge and experience for postgraduate study. It was totally different chapter of everything as compare to undergraduate Final Year Project. There are no reasons why I help her sampling. Just do it. Why not I'm doing something benefit rather than doing nothing while I am here in Terengganu? Yeah some people question why I stay here too long. I can't answer it because I does not have any academical reason to explain.

2 days of sampling done and I went my friend's home to rest. Then, my friend question me

" Aahh kau duduk sibuk tolong sampling master orang, kenapa? Bukannya sampling master kau pun "

To what I replied

" Alah nanti kalau aku sampling master aku nanti, mana tahu Allah pula tolong aku, aah gitteeww "

#BroUsrah
#TrollTarbawi


Good luck to you (Fazne - purple scarf with blue shirt) undertaking and postgraduate study. May you be a good Taxonomist :)


The Effects of Organic and Inorganic Chemical Treatments OnThe Crown-Of-Thorns Starfish (Acanthaster planci)


INTRODUCTION

The Acanthaster planci (commonly known as Crown-Of-Thorns Starfish or COTS) is one of the major cause of coral reef degradation (De’ath et al. 2012). The COTS feed on coral tissue and cause extensive coral mortality especially during the population outbreak. Manual collection and land buried is a widely used and effective method to reduce the number of COTS during an outbreak. However, chemical injection is an alternative method to effectively induced mortality in the COTS. Many type of inorganic chemicals (such as hydrochloric acid and formalin) has been used for the injection. However, the usage of organic chemical in the injection is less explore (Rivera-Posada and Owen, 2014). Environmental friendly organic chemical, if at the correct dosage, could be an effective option to replace inorganic chemical for the injections (Boström-Einarsson and Rivera-Posada, 2015). The objective of this study is to examine the physiological response and mortality rate of COTS toward organic and inorganic chemicals.

 Figure 1. Acanthaster planci feeding on scleractinian corals, leaving exposed (white) skeleton (left). Underneath the arms are podia and tentacles help in movement and feeding (top).

METHODOLOGY

To conduct the experiment, four 96L plastic cage with messed wired door were built then deployed on the INOS platform (depth= 12m) in front of UMT Bidong Island Research Station (5°37'17.28"N, 103°3'24.40"E) (Figure 2). Each cage was served as a chemical treatment for the study. Twenty adult Crowns-of-Thorns starfish (more than 20 cm in diameter) were collected from surrounding reefs and placed evenly in the cage. Total of five COTS per cage. Experiment started after 3-days of incubation. To test the effects of difference chemicals, COTs in the cage were injected each with 400g/L sodium chloride (NaCl), 15% Hydrochloric acid (HCl) and citric acid extracted from lime. No injection was performed on the control treatment. To examine the physiological response of COTS, observation was carried out using SCUBA every two hours for the first 24 hours of post injection period. After that, observation interval was increased to every four hours. The experiment was terminated after 120 hours of the injection.

Figure 2. Four plastic cages with messed wired cover were built and deployed underwater for the experiment (top left). Different colour codes indicating different chemicals in the syringes (bottom). Chemical was injected in to the stomach of the Acantasher planci via central disc (top right). 


RESULT AND DISCUSSION

The mortality rate of COTS varied with different chemicals. All COTS that injected with HCl were found dead with in the first 24 hours of post-injection. In contrast, only 40% of COTS injected with citric acid died within first 24 hours. The lethal effect of NaCl on COTS was slower, where mortality occurred after 48 hours of post injection (Figure 3). No mortality was observed on control treatment throughout the five days of experiment. The physiological responses observed in the study were blister, lesion, necrosis or expose of organ, matting and loss of spines, loss of turgor and swelling, mucus production and hyperactivity (Figure 4.) Blister, lesion, necrosis or expose of organ were most likely and common to observe in the study from 48 hours to 120 hours of the experiment. Citric acid may served as an ideal organic chemical to control COTS number during the outbreak. All physiological response was observed in citric acid treatment except hyperactivity. It gave osmotic shock toward COTS body (Rivera-Posada and Owen,2014) and also slower the regeneration of body part (Pechenik, 2010). More over, citric acid was extracted from lime therefore the cost to prepare this chemical is low compare to the inorganic chemicals, and would not cause adverse impact to the marine environment.


Figure 3. Variation in mortality rate of Acanthaster planci in response to the different type of chemicals after 24 hours (left), and 120 hours (right) of the injection.

Figure 4. Examples of physiological responses of the Acanthaster planci post injection: matting and loss of spines (left) and lesion (indicate by red circle in left photo), and exposed of organ on the oral side (right).


ACKNOWLEDGEMENT

This research was supported by School of Marine and Environmental Sciences, UMT. Thank you the laboratory officers from Biodiversity Lab, PPSMS UMT in providing field assistant. Also, we would like to thank Dr Hii Yi Siang to allow us to use the INOS platform for the experiment.

REFERENCE

Boström-Einarsson, L., Rivera-Posada, J. (2015) Controlling outbreaks of the coral-eating crown-of-thorns starfish using a single injection of common household vinegar. Coral Reefs DOI 10.1007/s00338-015-1351-6

De’ath, G., Fabricius, K. F., Sweatman, H., Puotinen, M. (2012) The 27-year decline of coral cover on the Great Barrier Reef and its causes. Proceedings of the National Academy of Sciences 109, 17995-17999

Pechenik, J. A. (2010) Biology of the Invertebrate (6th Ed). McGraw-Hill Companies, Inc

Rivera-Posoda, J., and Owens, L. (2014) Osmotic shock as alternative method to control Acanthaster planci. Journal of Coastal Life Medicine 2014 2,99-106

Selasa, 27 Oktober 2015

Ada Satu Rasa

Mahu atau tidak kita semua perlu membesar, fizikal, iman, mental dan yang berkaitan. Membesar sangat kurang menyeronokan itu yang aku boleh cakap sekarang. Sampai satu tahap kau kena juga membesar. Terpaksa teruskan hidup kau. Tinggalkan yang lalu. Mulakan baru. Itu yang paling susah.

Aku ada di Terengganu sekarang. Terima hadiah graduasi. Kita semua berkumpul kembali. Walaupun sekejap dan sementara, mereka datang tinggalkan aku dengan satu rasa. Rasa yang mana aku tak tahu nak kata. Ye tahu, sini kita ada buat marah-marah dan sedih-sedih tapi sini juga kita ada gelak, kongsi bahagia dan melawak bersama.

Untuk 3 tahun, kita kenal dan berkawan, bagi aku sudah cukup untuk tanam rasa ini dan tumbuh menjadi-jadi bila semua sudah tiada di sini. Apa yang tinggal? Bayangan kenangan dan memori selama kita pernah bersama di sini.



Mana-mana pergi, ada bayangan mereka semua. 

Pergi situ - " Oh, sini aku pernah tolak kereta rosak minah tu tengah malam "
Pergi sini - " Dulu kita pernah mandi sini, buat event untuk junior, ronda dengan motor petang-petang dan lain-lain "
Lalu situ - " Nasib aku antara saksi dan kawan yang paling awal ada tempat diorang eksiden kat sini, kesian tengok muka diorang masa berbaring atas jalan tar dulu "
Lalu sini - " Kedai roti canai sarapan hampir setiap pagi kami kat sini. Sedap "

Aku tanya kawan aku, dia pernah rasa mungkin rasa ini awal dulu dari aku rasa

" Macam mana kau hadap satu rasa ni bila semua kawan-kawan kita sudah tak ada kat sini? "

Merenung dalam sebelum menjawab

" Time will heal this wound "

Semoga berjaya kalian semua. Kalau umur kita panjang, insyallah kita jumpa lagi. Ketemu lagi di lain masa di lain tempat. Baik-baik selalu
:)

Khamis, 17 September 2015

Pagi Di Rumah Sendiri

Hari-hari terakhir menjalani Lathian Industri di FRI Kampung Acheh ada pelbagai dan banyak permintaan dari kawan-kawan matrikulasi dan sekolah untuk pos keadaan dan aktiviti yang sudah dilakukan ketika ber-Latihan Industri. Oh maaf tidak kali ini. Kenapa? 

Kalau aku pos semua atau beberapa aktiviti yang aku lakukan di FRIKA, ada suka dan ada juga tahi yang mana aku simpan sahaja dalam hati buat pengajaran. Jadi aku diam dan biarkan Latihan Industri aku di FRIKA berlalu begitu sahaja. Nanti, alangkah indahnya pos aku mengenai Latihan Industri aku dengan caci dan kata-kata makian. Mahu?

Sepanjang aku Latihan Industri, 33km pada waktu paginya dan 33km pada waktu baliknya, setiap hari. Bermula dengan 7 pagi bergegas untuk ke FRIKA. Kejar ' punch card '. Pagi di rumah sangat lain berbanding pagi di Terengganu.

Apa yang lain? Ada yang paling benci dan ada yang paling suka. Bangun awal untuk ke tempat Latihan Industri. Paling benci. Meskipun ianya sementara, sehingga selesai Latihan Industri, tapi paling liat dan susah bangun untuk buat kerja atau belajar pada waktu pagi yang mana amalan bangun pagi untuk belajar ini telah lama ditinggalkan sejak di matrikulasi. Tapi kalau main ' game ', beres.

Sarapan dengan aneka juadah yang sentiasa berubah-ubah menu pada setiap pagi. Paling suka. Aku tahu keluarga aku bukan senang tapi sederhana sahaja. Orang gaji untuk sediakan sarapan mana ada. Habis, siapa yang sediakan sarpan setiap hari? Bonda. Rajin orangnya. Sudahlah tu, penyayang pula. Aduhai luluh hati. Kalau bab makan, memang menang, sedap. Pandai juga hidupkan suasana yang baik ketika makan. Contohnya pada pagi ini.

" Wah, dari solat subuh memang payah nak khusyuk, kalau bau dia sedap macam ni "

" Solat dulu, baru fikir makan. Pergi lah, ada kuih bengkang ubi "

Ambil satu, suap masuk mulut. Manis dan sedap, semestinya.

" Selain bengkang ubi, ada bengkang lain? "

" Ada "

" Bengkang apa? "

Dengan bersahaja

" Bengkang-Bengkok "


Bengkang yang lain tak ada sebab ini bingka ubi


Selasa, 1 September 2015

Apa Lagi?

Satu-satu benda yang disenaraikan, berjaya dilakukan. 

Aku mahu habis belajar pada usia muda. 19 usia aku, sudah mula belajar ijazah sarjana muda. Pada mulanya, bukannya bidang yang aku betul inginkan. Tapi tidak salah kalau mahu mencuba. 3 tahun terus mencuba dan berjaya sampai ke pengakhirannya.

Aku mahu lihat dunia yang lain dimana haiwan ialah rakyatnya, aku berjaya. Dunia yang mana lebih aman dari dunia manusia yang penuh dengan seribu satu masalah. Tapi, dunia ini tangan manusia cuba rosakkan. Kenapa manusia, kenapa?



Mahu mempunyai kelab sukan yang aku minat sendiri, Pantai Remis Volleyball Club (PRVC) tertubuh. Celik mata yang dulunya pandang rendah pada aku dan tertutup semua mulut yang dulunya pada bangku sekolah berkata 

" Kau kaki bangku, apa pun tak boleh main "

Ini komitmen yang baru.


Mahu pergi sana-sini menggunakan wang yang sidikit, kebanyakkan tempat berjaya dilawat dengan peluang yang tersedia. Berlayar merentasi Singapura, menyelam di pulau-pulau Malaysia dan melawat beberapa tempat menarik yang lain. Semoga Allah mempermudahkan rezeki seperti ini lagi


Diberi peluang untuk melakukan persembahan dengan kumpulan penyanyi yang minatnya dari zaman sekolah lagi, pada malam ambang merdeka berjaya dilakukan. Ketepikan semua pandangan orang, aku naik ke atas pentas dengan yakin. Kami bersembang pendek sebelum terus menyanyi. Sangat 'cool' orangnya.


Baru 22 tahun, banyak lagi yang aku rasa aku boleh capai. Masih muda untuk serabutkan kepala dengan perkara dan masalah yang tidak membangun. Dalam muda ini masih boleh sambung belajar, belajar bercinta, berjalan lihat dunia yang besar dan banyak lagi. Mungkin kerja? Mungkin belajar? Terpulang pada rezeki mana lebih luas dengan bergantung usaha yang aku ada.



Selepas ini, apa lagi?


Khamis, 18 Jun 2015

Live Your Young Life

You only live once, once for all time. Fill it with what you want to do. Yet, most of us live what we are told to do. This life is too short for problem. Don't fill your life with it. If problems outrun you, try to outwork the problem. Counter-back it.

Some Anonymous said, " the greatest thing to do in your life is doing what people told you do not to do and you succeed it ". I am no master of life talking about principle of life because me just 22 to talk about life. I'm still young and that the reason why I need to fill something in young life.

Don't be carried away with your emotions. Youngster are rebel. We always fight for the right of small things. Friend around you not come to your life for nothing. God send them to you so that you can learn something and use it for future life.

While you still young, live your young life



Sabtu, 16 Mei 2015

Cikgu

Pernah masa zaman sekolah, ada satu cikgu (tambahan yang anak dara) menjadi perhatian pelajar lelaki lain? Crush pada cikgu? Suasana sekolah aku dulu tidaklah sehebat sekolah-sekolah bandar lain sampaikan cikgu dan murid bercinta. Crush sampai crush dan tidak lebih.

Warden asrama aku ialah cikgu sekolah aku juga. Anak kandung beliau sendiri pada 2010 sudah 10 orang. Tidak hairanlah pengetua lantik beliau sebagai warden. Pengetua tahu Cikgu Sabri mampu jaga kami yang nakal. Senakal-nakal kami, kantoi juga bila lompat pagar jumpa pergi pasar malam. 

" Beli apa, Arif? "

" Eh Cikgu Sabri, Ayam percik saje. Cikgu buat apa kat sini? "

" Tadi orang rumah suruh beli makanan sikit tapi tak jadilah. Baik saya tangkap budak asrama yang fly pergi pasar malam. Lagi best "

" He He He "

" Esok isnin, bawak buku laporan asrama, ambil surat dekat bilik guru atas meja saya. Tak lama seminggu je "

Isnin, pergi jumpa. Meja Cikgu Sabri ada surat kiriman tidak rasmi 

" Cuci karpet surau atau surat sampai rumah pada ayah kamu "

Pandai beliau gertak dan mengugut. Terima kasih dan berjaya.

Ada juga engkau pada tahun peperiksaan besar kau macam PMR dan SPM, engkau kena cikgu yang kuat merajuk malah siap menyumpah macam-macam.

" SPM tak lulus kelas ni"

Nanti berduyunlah budak-budak perempuan kelas kau pergi keluar masuk bilik guru minta maaf. Malah, yang paling teruk sekali menagis teresak-esak untuk dapatkan balik berkat guru. Pelajar lelaki? Kami biasanya elakkan buat kerja berulang-kali. Buat apa kami perlu minta maaf kalau budak perempuan sudah pergi. Lagipun, kebanyakkan yang berjaya pujuk hati cikgu yang merajuk ialah pelajar perempuan.


Pernah kau dari zaman sekolah akan ada cikgu yang merajuk pada satu kelas terkadang silapnya bukan besar mana pon. Tapi kadang-kadang menyumpah bagai nak rak aahh " SPM jangan harap nak lulus!!! "

Kalau yang baik sikit dia cakap macam ni pon dah okey " Kelas kamu ni kelas yang paling nakal dalam sejarah sekolah ni "
Terfikir juga, bukan kalau dia marah dia akan keluarkan ayat yang sama pada tiap-tiap tahun dalam tiap-tiap kelas yang cikgu tu ajar?

Terfikir

Terima Kasih, Cikgu

Selamat Hari Guru


Khamis, 26 Mac 2015

L A B E L

Kepada mereka-mereka yang sentiasa disisi, penulisan ini mungkin tiada kaitan dengan realiti
Ini ialah sebuah penceritaan zaman matrikulasi, jika tidak dijelaskan awal nanti marah-marah di Twitter amuk-amuk di FB

Kalau kita pergi kedai, sudah ada tanda ini jenis apa barang
Mungkin kita rasa kita pandai, kita mudah sangat labelkan orang

Mulakan dengan aku yang pertama kalinya, apa yang pertama aku nampak aku sabar
Asal Mizuno di kakinya, aku mula agak yang dia hebat main kasar

Kalau boleh mahu dielakkan, tiada dalam diri itu lagi bagus
Aku tidak malu label-labelkan, tapi terkadang aku terlabel sekaligus

Aku tahu bukan aku tuhan, malah hak melabel juga tiada
Tapi diri ini tertahan-tahan, aku cuba buang juga ia sudah lama berbulu di dada

Mereka pula sungguh mudah sangat, akulah ini akulah itu
Apa mereka kata aku ingat, aku begini aku begitu

Sampai satu tahap yang sekarang, aku simpan banyak benda semuanya di dada
Malah aku malas bercerita panjang, atau mungkin bercerita itu sudah tiada

Mungkin cerita aku terlepas satu atau dua, sebab nanti mereka belit aku seketat ular sawa
Untuk apa kau ceritakan semua, kalau pada pengakhirannya kau jadi bahan ketawa?

Biarlah dibeli kasut beratus ringgit untuk main, lainlah kau yang main hebatnya lain macam
Aku beli atas kegunaan aku sebagai pemain, mereka yang tidak tahu dengan sedapnya melabel macam-macam

Sekali sekala kau buat tidak hirau, kau duduk diam mati mereput dalam bilik
Pernah kau berkongsi apa salah mereka pada kau, tapi pada hujungnya kau yang salah balik?

Selagi boleh bersabar aku teruskan menanti, walau dikecam dicemuh walau dipijak
Harap kau dan label kau boleh pergi mati, biar peluru masuk dalam kepala terus kena otak


Khamis, 19 Februari 2015

Kipas Panas

Ya, result semester 5 baru lepas keluar. Bila tengok keputusan macam tu ada 2 rasa yang dirasai. Sakit dan Syukur.

Syukur sebab dalam kelima-lima semester setakat ini, ini antara pencapaian yang paling bagus. Sangat membanggakan. Bangga sangat kalau punggung ini boleh mengembang, Kim K dan Nicki Minaj rasa malu sebab mereka kalah. 
Sakit itu yang paling dirasai. CGPA hanya naik 0.06 dari GPA semeter 5 yang banyak macam tu? 

Tapi yang paling penting sekali ialah syukur. Syukur itu yang paling penting. 

Kalau aku yang paling bodoh dalam batch aku pun dapat macam ni, mereka yang lain semua mestilah lagi gemilang. Mereka semua pandai.

Macam biasalah, di setiap atas kejayaan anda, ada mulut-mulut mereka yang kurang senang.

- Mulut orang kita tak boleh tutup bukan macam mulut longkang -
(Roomate, 2012)

" Hang kipas lecturer hang boleh lah. SV hang tu "

" Ya, memang aku kipas dia pun "

" Dah agak dah "

" Aku kipas dia sebab dia panas bila jumpa aku. Dia mana solat sebab tu dia panas bila jumpa aku "



Eh mana ada, kami gurau dan ketawa saja


Selasa, 17 Februari 2015

Ingat Lagi?

Ingat lagi? 

Malam itu malam terakhir kita berlima lelaki di asrama. Malam itu semua kita baring di dataran. Tengok bintang. Langit malam itu terang. Terang sangat sampai kami berdebat mana satu bintang mana satu ISS. Kita borak panjang, apa hala tuju masing-masing, apa yang telah kita buat bersama-sama dari zaman junior ke senior. Suka dan duka. Oh tidak lupa juga, bergosip pasal cikgu dan budak perempuan dalam sekolah kita.

Afiq keluarkan fon. Mainkan lagu. 


Semua senyap. Hayati kot. Senyap.

Itulah saat-saat yang sangat tiada gantinya dan sampai sekarang masih ingat. 

Bila rindu mereka, buka lagu ini di YouTube. Dalam kepala otak teringat semua benda dan perkara kami buat bersama dari zaman junior sampai senior tingkatan 5. Dari disuruh itu ini kepada menyuruh itu ini. 

Lagu ini hanya untuk saat itu sahaja. 

Khayalan Masa
(One Buck Short)

Ku rasa bagaikan malam ini terang
Sungguh indah, seindah sinarnya
Terdengar dalam khayalan masa itu
Mungkin itu mimpi-mimpi dunia

Dalam senyap ku, ku tertanya
Ku tersenyum dalam bayanganmu

Menanti-nanti selama ini menunggukan cinta
Biar rasa ini bertahan untuk selama kita

Ku simpan kata mu terpahat dalam hati
Biarkan masa meniti jalanku
Diriku di sini tetap di sini
Hingga akhirnya kita berjumpa lagi

Dalam senyap ku, ku tertanya
Menanti-nanti selama ini menunggukan cinta
Biar rasa ini bertahan untuk selama kita

Telah kau semarakan hidupku
Sayang, ini pesananku
Pedulikan berapa jauh kau berada
Aku sanggup tunggu masanya

Dalam kisah ku melayang-layang
Menarilah kita bersama-sama






Selasa, 13 Januari 2015

' M A S A | Y A N G | H I L A N G '

Hari ini aku buka laman itu, aku sudah sedar sebenarnya
Adik kecil aku sudah darjah satu, masa berlalu begitu cepatnya

Sejak tingkatan lima, sampai belajar tinggi-tinggi sekarang
Aku rasa semuanya sama, tapi dia bukannya benda bukanya barang

Masa dulu aku tidak rasa ini, balik atau tidak bezanya tiada
Balik rumah selalu ingin ditemani, bila tidur sedar aku sentiasanya dia ada

Sekarang aku mula rasa aku hilang, tiada untuknya bila kasih sayang
Dia adikku dan akulah abang, dia umur 7 tahun sudah sekarang

Aku rasa ada 'Masa Yang Hilang', sibuk sangatkah aku dalam mengejar ilmu?
Bila telefon ke rumah " Hello, abang~ ", itu suara ceria pertama darimu

Membesar bukan depan mata aku, balik sampai rumah bukan salam tangan tapi peluk adalah yang pertama selalu
Dia akan bagi sekuatnya bila dia pelukku, yang ini lain dari yang dulu

Ini baru rasa pada adik kecil yang baru pandai membilang, belum sedarkah aku pada ibubapaku?
Mereka juga sekarang rasa 'Masa Yang Hilang', kalau mereka tiada, sudah bersediakah aku?

Siapa lagi yang akan imamkan jenazah mereka? Wahai lelaki sulung, bersediakah kamu menjadi imam?
Aku sedar aku juga banyak sangat leka, hati ini gelap gelita pada hari yang malam

Abdul Hanan Bin Mohamad Hanafi
8. Bongsu