Tersebutlah kisah, adapun kisah ini telah wujud sezaman dengan Laksamana Hang Tuah dan rakannya. Dari penceritaan yang asal usul kesahihan cerita ini mungkin ada benar dan mungkin tokok tambah kerana cerita ini telah diturunkan dari zaman itu sampailah kepada pembaca yang sedang membaca cerita ini. Adapun tempat kejadian cerita ini masih lagi dikaji, dimanakah tempat ini berlaku?
Satu yang pasti cerita ini berlaku didalam sebuah hutan tebal dimana ada 7 sekawan tinggal dan membuat perkampungan yang dipanggil Perkampungan Mesra. Di perkampungan mesra ini, tinggallah 7 sekawan, Ali, Abu, Hamid, Pian, Malik, Daud dan Aiman. Mereka tidak perlukan siapa yang menjadi ketua bagi perkampungan tersebut. Katanya, " Siapa perlukan ketua kalau kita semua sudah bersatu hati, bukan? "
Di Perkampungan Mesra, 7 sekawan ini tinggal di pondok yang agak sederhana. Sama saiznya, sama luasnya dan sama nikmatnya. Sama rata katanya. Di pagar rapi dengan hanya ada satu sahaja pagar keluar masuk ke perkampungan itu iaitu pada Pagar Utama. Mereka mendirikan sebuah Balai Raya sebagai tujuan mereka boleh berkumpul untuk berehat bersama, bertukar-tukar cerita, menjalankan perjumpaan bagi membincangkan hal-hal tergempar mahupun perbincangan yang terancang dan lain-lain aktiviti bersama bagi 7 sekawan itu.
Meskipun begitu, mereka hanya mengusahakan ladang dengan pembahagian 6 dari 7 orang dari mereka. Pian tidak mahu berkongsi atas dasar dia mampu untuk menyara hidupnya sendiri dengan usaha dia sendiri. Manakala, 6 yang lain terpaksa bersama-sama membahagikan kerja untuk mengusahakan ladang tersebut dan hasilnya, separuh akan dijual di pekan yang berhampiran dan separuh lagi akan disimpan di Bilik Simpanan Makanan. Segala hasil yang diperoleh di ladang hanya akan dibahagikan kepada semua orang yang mengusahakan ladang tersebut sama rata nilainya kecuali bagi Pian. Pada masa ini, timbulah rasa akan beruntungnya sekiranya kesemua 7 sekawan ini dapat mengusahakan ladang ini supaya beban untuk mengusahakan ladang ini akan lebih ringan dan hasilnya bolehlah dibahagikan kepada semua 7 sekawan itu.
Pada asalnya semua yang mengusahakan ladang itu, bersetuju dan melakukan tugas masing-masing dengan baik bagi membolehkan hasilnya dikongsi dengan sama rata oleh 6 orang sekawan tersebut.
Tiba-tiba, pada satu hari yang tenang, mereka mendapati hasil yang mereka simpan di dalam Bilik Simpanan Makanan hangus terbakar. Hangus rentung bilik itu besama hasil yang tersimpan di dalamnya. Maka bagi bulan yang akan datang, 6 sekawan yang berkongsi mengusahakan ladang tersebut terpaksa berlapar selama sebulan tanpa makanan.
Perjumpaan tergempar diadakan di Balai Raya untuk kesemua 7 orang sekawan terebut
Hamid : Bagi menangani masalah kekurangan makanan untuk sebulan yang akan datang, kita akan gandakan usaha kita terhadap ladang tu pada bulan ini, Usaha paling sikit ialah 2 kali ganda yang boleh kita buat. Ada cadangan lain? Setuju?
Dengan rela hati bagi musibah yang mereka berenam lalui, mereka akur dengan cadangan tersebut. Pian yang turut ada dalam perjumpaan tersebut hanya tumpang simpati atas musibah yang kawan-kawannya lalui.
Tiba-tiba, terdengar suara Abu bersuara
" Aku keluar "
Semua dari mereka pelik dengan apa yang Abu tiba-tiba suarakan.
Malik : Abu, apa yang kau tiba-tiba keluar ni?
Abu : Aku keluar dari berkongsi usaha dan hasil ladang ni.
Hamid : Tapi Abu, kalau kau keluar, sakit lah kami nak tanggung usahakan ladang ni nanti. Memang lah hasilnya nanti kami bahagikan 5 orang je, tapi sakit tetap sakit.
Abu : Korang tak dengar ke aku cakap aku keluar!!!!!
Abu berlalu pergi tinggalkan perjumpaan itu. Abu merupakan kawan mereka yang paling tua selepas Daud dan manakala 5 yang lain lebih muda dari Daud dan sebaya.
Dalam keadaan senyap yang terkejut begitu, tiba-tiba Ali pula bersuara
" Aku juga keluar "
Hamid dan kawan-kawan dengan muka ketat pandang Ali
Hamid : Kau jangan buat gila!!! Kau kena ada dalam sini (perkongsian ladang)
Aiman : Sudah lah Abu keluar, ini kan pula kau. Ini member aniaya member ni. Tak boleh!
Ali : Habis Abu tu?
Hamid : Abu tu kan orang tua, biasalah kuat merajuk. Sensitif banyak dia tu
Ali : Tahu pun korang dia tu kuat merajuk, habis tu selama ni korang bagi muka sangat dekat dia. Sikit-sikit Abu je yang korang dengar dan lebihkan. Aku? Korang marah-marahkan. Aku nak korang lain kali letakkan marah dan layan korang tu sama apa yang aku dapat pada Abu.
Meskipun Ali agak marah atas layanan yang kawan-kawannya beri selama ini, dia tetap tolong mengusahakan juga ladang tersebut bagi menolong 4 lagi rakannya, Hamid, Aiman, Daud dan Malik yang masih mengusahakan ladang itu.
Semenjak dari peristiwa itu Abu sudah tidak lagi bercakap dengan kawan-kawannya di Perkampungan Mesra itu lagi.
Sebulan selepas mereka dapat mengusahakan kembali ladang mereka dan ladang mereka kembali stabil, Abu telah membuat keputusan untuk keluar dari Perkampungan Mesra. Selepas itu, tiada lagi kedengaran khabar berita dari Abu. Masih hidupkah? Sudah kayakah? Sihatkah? Tidak siapa yang tahu.
Kemana Abu pergi membawa diri, masih tidak dapat dijejaki. Para sejarahwan percaya Abu mengakhiri perjalanan keluar dari Perkampungan Mesra di Terengganu. Ada pula yang mengatakan di Selangor. Entah dimana Abu sekali pun, harapnya Abu bukan lagi seorang yang manja.


