Selasa, 1 September 2015

Apa Lagi?

Satu-satu benda yang disenaraikan, berjaya dilakukan. 

Aku mahu habis belajar pada usia muda. 19 usia aku, sudah mula belajar ijazah sarjana muda. Pada mulanya, bukannya bidang yang aku betul inginkan. Tapi tidak salah kalau mahu mencuba. 3 tahun terus mencuba dan berjaya sampai ke pengakhirannya.

Aku mahu lihat dunia yang lain dimana haiwan ialah rakyatnya, aku berjaya. Dunia yang mana lebih aman dari dunia manusia yang penuh dengan seribu satu masalah. Tapi, dunia ini tangan manusia cuba rosakkan. Kenapa manusia, kenapa?



Mahu mempunyai kelab sukan yang aku minat sendiri, Pantai Remis Volleyball Club (PRVC) tertubuh. Celik mata yang dulunya pandang rendah pada aku dan tertutup semua mulut yang dulunya pada bangku sekolah berkata 

" Kau kaki bangku, apa pun tak boleh main "

Ini komitmen yang baru.


Mahu pergi sana-sini menggunakan wang yang sidikit, kebanyakkan tempat berjaya dilawat dengan peluang yang tersedia. Berlayar merentasi Singapura, menyelam di pulau-pulau Malaysia dan melawat beberapa tempat menarik yang lain. Semoga Allah mempermudahkan rezeki seperti ini lagi


Diberi peluang untuk melakukan persembahan dengan kumpulan penyanyi yang minatnya dari zaman sekolah lagi, pada malam ambang merdeka berjaya dilakukan. Ketepikan semua pandangan orang, aku naik ke atas pentas dengan yakin. Kami bersembang pendek sebelum terus menyanyi. Sangat 'cool' orangnya.


Baru 22 tahun, banyak lagi yang aku rasa aku boleh capai. Masih muda untuk serabutkan kepala dengan perkara dan masalah yang tidak membangun. Dalam muda ini masih boleh sambung belajar, belajar bercinta, berjalan lihat dunia yang besar dan banyak lagi. Mungkin kerja? Mungkin belajar? Terpulang pada rezeki mana lebih luas dengan bergantung usaha yang aku ada.



Selepas ini, apa lagi?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Kata Anda?