Khamis, 17 September 2015

Pagi Di Rumah Sendiri

Hari-hari terakhir menjalani Lathian Industri di FRI Kampung Acheh ada pelbagai dan banyak permintaan dari kawan-kawan matrikulasi dan sekolah untuk pos keadaan dan aktiviti yang sudah dilakukan ketika ber-Latihan Industri. Oh maaf tidak kali ini. Kenapa? 

Kalau aku pos semua atau beberapa aktiviti yang aku lakukan di FRIKA, ada suka dan ada juga tahi yang mana aku simpan sahaja dalam hati buat pengajaran. Jadi aku diam dan biarkan Latihan Industri aku di FRIKA berlalu begitu sahaja. Nanti, alangkah indahnya pos aku mengenai Latihan Industri aku dengan caci dan kata-kata makian. Mahu?

Sepanjang aku Latihan Industri, 33km pada waktu paginya dan 33km pada waktu baliknya, setiap hari. Bermula dengan 7 pagi bergegas untuk ke FRIKA. Kejar ' punch card '. Pagi di rumah sangat lain berbanding pagi di Terengganu.

Apa yang lain? Ada yang paling benci dan ada yang paling suka. Bangun awal untuk ke tempat Latihan Industri. Paling benci. Meskipun ianya sementara, sehingga selesai Latihan Industri, tapi paling liat dan susah bangun untuk buat kerja atau belajar pada waktu pagi yang mana amalan bangun pagi untuk belajar ini telah lama ditinggalkan sejak di matrikulasi. Tapi kalau main ' game ', beres.

Sarapan dengan aneka juadah yang sentiasa berubah-ubah menu pada setiap pagi. Paling suka. Aku tahu keluarga aku bukan senang tapi sederhana sahaja. Orang gaji untuk sediakan sarapan mana ada. Habis, siapa yang sediakan sarpan setiap hari? Bonda. Rajin orangnya. Sudahlah tu, penyayang pula. Aduhai luluh hati. Kalau bab makan, memang menang, sedap. Pandai juga hidupkan suasana yang baik ketika makan. Contohnya pada pagi ini.

" Wah, dari solat subuh memang payah nak khusyuk, kalau bau dia sedap macam ni "

" Solat dulu, baru fikir makan. Pergi lah, ada kuih bengkang ubi "

Ambil satu, suap masuk mulut. Manis dan sedap, semestinya.

" Selain bengkang ubi, ada bengkang lain? "

" Ada "

" Bengkang apa? "

Dengan bersahaja

" Bengkang-Bengkok "


Bengkang yang lain tak ada sebab ini bingka ubi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Kata Anda?