Manusia itu sering pandang dari dirinya sahaja
Ya, aku tahu dirinya, kau, kamu dan kita semua bermasalah
Masing-masing dengan masalah masing-masing
Masalah kau - kau selesaikan sendiri, masalah aku - aku selesaikan sendiri
Aku tahu kalau kau ada masalah tapi aku tak tahu sebesar mana masalah kau
Seberat mana masalah kau?
Alih- alih bila kau bermasalah, kau ditempat orang yang nun jauh sekali pun, kau ada ramai kawan
Kawan yang kau boleh gelak tawa, kongsi cerita, dengar suka duka dan tolong semuanya
Meskipun aku di tempat kita sendiri, tapi aku berada di tempat baru
Dimana aku ramai kenalan tapi tiada satupun kawan
Dimana masalah aku, aku sendiri cuba selesaikan
Tiada rakan tiada kawan
Keliling kau penuh dan riuh
Gelak tawa bagi kau mudah pecah, mudah bising
Seronok gembira lagi ditempat orang
Keluar berjalan merata dunia jika kau mahu
Tempat baru, mana kau mahu mulakan semuanya sendiri
Sunyi dan sepi aku sendiri tanpa sesiapa
Senyap seharian tanpa kata melainkan kewajipan aku yang 5 waktu untuk Illahi
Makan angin aku pun sendiri tanpa teman
Kau tidak perlu tunjukkan apa-apa
Malah aku sendiri yang akan pergi cari lihat apa kau buat hari-hari
Kau mana peduli hal aku, setahu aku
Sebab kau bahagia berteman mesikpun jauh dari mata keluarga
Aku perlu tunjuk malah mengharap gila kau lihat semuanya tapi hambar
Semua pertunjukan aku bukan sekadar hiasan di mata rakan-rakan dan kenalan aku
Tapi untuk kau lihat, tengok, pandang malah kalau boleh perhatilah apa perkembangan aku sekarang
Tak peduli serta senyap tanpa balasan yang aku tak tahu samada kau ambil tahu atau tidak tentang aku
Masih kau belum sedar semua yang aku persembahkan untuk tunjuk betapa bosan dan sunyinya aku?
Meskipun aku dapat tomahan dari persembahan aku, kau bukannya ada untuk aku ceritakan
Aku paham akan darjat masyarakat tentang pengajian kau yang mereka sanjung
Bukan macam aku yang mengarut kononnya sedapkan hati untuk bahagiakan kau dikemudian hari
Ya aku akui, aku sudah mula tidak kisah selebar mana kau mahu besarkan badan kau
Tapi satu yang aku buat untuk kau, aku kuruskan diri
Supaya aku berada cantik dimata kau dengan sedap dipandang
Tambah bagi kau berbangga akan ada aku yang berbadan tampan yang berdamping dengan kau
Aku jaga diri aku untuk tidak kacau kau disana
Sementara kau pulang ke tanah air
Mohon jangan amalkan perangai yang buat aku sakit, perit
Pandang tapi tak lihat, tengok tapi tak perhati