Mahu
paham apa itu bosan buat benda sama setiap hari? Cuba buat FYP di pulau selama
2 minggu dimana bekalan elektrik hanya pada waktu malam dan bekalan air tawar
macam bermain-main dengan kita. Kadang-kadang ada, kadang tiada langsung.
Tertekan?
Bosan? Letih? Penat? Namakan, sebutkan atau senaraikan semua yang seangkatan
dengannya. Semua sudah dilalui. Tiada apa benda cerita menarik pun yang boleh
dicanang di sini tentang tinggal di pulau untuk 2 minggu. Itu belum cerita lagi
kudis-kudis di kaki, sengatan Mahkota Berduri atau ‘Crown-Of-Thorn’ (COT). Tapi
ada banyak pengalaman baru yang dapat. Banyak sangat. Berbaloi.
Itu
KiKi. Saya yang bagi nama. KiKi The Green Turtle. Setiap hari kalau turun
menyelam, memang jadi kewajipan untuk terserempak, jumpa atau tegur KiKi. KiKi
memang tinggal dan makan di kawasan batu karang depan Stesen Penyelidikan UMT,
Pulau Bidong.
Selesai
2 minggu ber-FYP, larikan dari dari supervisor
ke Kota Bahru dan Kelantan. Tempat pertama singgah di Kelantan, Wakaf Che Yeh.
Selama ini duduk susah pikir cari dekat mana kasut bola tampar Mizuno yang
murah. Tapi tiada lagi. Wakaf Che Yeh ada banyak pilihan dan murah. Beli. RM 28
tunai sahaja.
Tempat
kedua. Pasar Siti Khadijah. Menarik. Kompleks membeli-belah versi tradisional.
Tidak semua barang boleh dapat tapi kebanyakkan barang di sini boleh dapat.
Telur penyu antara salah satunya. Pelik. (1) bukankah menjual telur penyu itu
salah di sisi undang-undang? dan (2) kalau betul salah menjual telur penyu di
tempat awam, kenapa masih ada yang berani menjual?
“Kiri
mentah. Masih berpasir. Kanan dah masak (rebus)”
“Harga?”
“Dua-dua
yang kiri dan kanan. Satu RM 4. 3 RM 10”
“Dari
mana dapat telur ni?”
“Bukan
dari sini (semenanjung)”
“Habis
tu yang jual dekat Terengganu mana pergi?”
“Yang
Terengganu sendiri pon datang dari Sabah jugak”
Jadi
mana pergi telur penyu Terengganu?



