Jumaat, 8 Ogos 2014

Ilmu Baru

Semenjak 2 menjak ini, ayah  selalu dapat panggilan untuk pergi merawat orang kena rasuk jin. Almaklumlah Ramadhan sudah habis. Selepas dari seorang ke seorang, rasa mahu ikut itu makin tebal. 

Jin yang rasuk orang ini boleh jadi 2 benda; dia memang cakap benar untuk keluar dan tidak mahu masuk lagi atau yang paling biasa, kaki tipu. Kalau ayah berubat, berdialog dengan Jin, kebanyakkannya kaki tipu, lidah bercabang.

Ini kalau kaki tipu lidah bercabang, saya suka dengar frasa ini dari ayah ketika berdialog. 

" Kau tahukan haram masuk badan manusia, aku bagi kau pilihan (1) kau keluar dengan cara baik, tak perlu sakit atau (2) kau sakit sambil kau keluar. Kau pilih? ". Rasa hebat bila dengar. Adapun pilihan 1 itu sakit juga sebab kena 'tiup'.

Macam semalam 2 pagi, ada geng budak muda kena rasuk. Mesti kena ikut. Mahu belajar. Bila sampai ayah masih dalam kereta, saya keluar dulu pergi tengok duduk paling dekat dengan mangsa. Mulut kumat kamit baca ayat Al-Quran sikit. Tiup-tiup kat mangsa.

Bila ayah keluar, ayah datang dekat berubat. Soalan common Jin kena tanya:

1- Dari mana?
2- Siapa hantar?
3- Duduk mana? - Kalau dia jawab rumah, tanya pula rumah dekat mana?
4- Kenapa masuk?
5- Nak keluar atau tak?

Selesai berubat semua beres. ada seorang dari geng ini datang tanya

" Tadi hang ada baca apa? "

" Ayat kursi dengan selawat syifa "

" Baguih betul hang dengan ayah hang buat tadi "

" Eh, tak. Yang buat ayah aku seorang ja "

" Habis hang buat apa ja tadi? "

Sambil malu nak jawab

" Aku buat dinding aku ja tadi "