Post yang mana? Yang ni
Reaksi mereka pelbagai. Paling banyak aku dapat ialah ucapan tahniah. Oh terima kasih atas ucapan tahniah kalian semua. Pada 12 jam pertama gambar itu di Instagram, dia mengadu semua kawan-kawan kami Whatsapp dia secara peribadi. Yang hairan dan peliknya, tiada seorang pun yang Whatsapp aku untuk tanyakan hal gambar ini. Pada keesokkan harinya, barulah ada beberapa insan yang 'ingin tahu tinggi' tanyakan aku pasal gambar tersebut. Aku puji tndakan mereka.
Ada yang Whatsapp aku tanpa salam dan tanpa tanyakan apa-apa dengan ini
"Ever heard about a picture worth thousand words?"
Itu kelakar.
Apa kalian terkejut dengan apa yang aku mampu? Ingat Arif Haikal tak 'market'? Apa kurang percaya Arif Haikal tidak mampu bertanggung jawab beri komitmen? Terkejut? Kurang percaya yang mana ada mungkin gadis boleh jatuh hati dengan Arif Haikal?
Bagi yang malas sangat untuk membaca, mereka tidak akan tahu bahawa gambar itu hanyalah rekaan semata-mata. Kami masih berkawan seperti biasa tiada apa yang lebih dan tiada apa yang kurang. Mohon sedar itu. Ini satu pencerahan. Tapi kenapa? Itu ada satu cerita lain di sebalik gambar itu yang aku rasa tidak penting untuk diceritakan.
Jadi selepas ini, kalau ada mana-mana yang tidak buat pembacaan disini dan masih menanyakan perihal 'hubungan' kami atau mengenai gambar tersebut, dengan mudah aku akan jawab
" Do you have a bae? Or nah? "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Kata Anda?