Selasa, 22 Mac 2016

Go Girls Power!!!

Maka telah bermula siaran untuk Clever Girl Malaysia TV3. Saya akui saya di sini tidak lagi berkesempatan untuk mengikuti siaran langsung rancangan ini. Tapi kalau ada peluang dan berkesempatan, saya akan tonton secara langsung rancangan ini kerana saya ingin gelak ketawa secara langsung juga. Sangat-sangat lawak dan menghiburkan.

Mungkin idea dan konsep sebenar rancangan ini untuk membuktikan yang perempuan cantik juga pandai dan berpengetahuan tinggi. mungkin kali ini saya agak seksis tapi itulah hakikat yang jelas bila saya tonton video yang saya jumpa di YouTube sedutan rancangan Clever Girl.

Semasa saya belajar Sarjana Muda Sains (Biologi Marin), saya sempat kenal beberapa kawan perempuan yang sangat-sangat bersemangat dalam menegakkan perihal berkaitan 'hak wanita' dan 'gender equality'. Oh bagi saya, saya tiada masalah kalau mereka ingin membela hak dan kaum wanita sebab itulah yang sepatutnya juga berlaku. Perkara membimbangkan ialah dalam mereka itu ada seorang yang agak luar biasa. Kami sama-sama belajar dalam bidang yang sama. 

Beliau mempunyai beberapa pendapat dan sangat ekspresif terhadap pendapat beliau:

1- Wanita sepatutnya menjadi jantina yang mendominasikan perihal apa sahaja dalam dunia ini. Mana tidaknya, kononnya apa sahaja yang lelaki mampu buat perempuan kononnya juga mampu lakukan sama.

2- Wanita itu lebih superior dan patut lebih superior terhadap lelaki. Ada kalanya bila mana lelaki itu berada dalam saat kejatuhan ataupun ternampak kelemahannya di depan mata beliau, beliau tidak akan sesekali lepaskan peluang untuk cuba dominasikan lelaki. 'Girls Power' itu bukan sahaja frasa utama, malah terlekat dan terpahat di hati dan dahi dengan jelas dan tebal cuma tidak kelihatan sahaja. 

3- Ego wanita itu lebih mulia, bagus dan baik. Biarlah kalau perempuan itu egonya tinggi menggunung lebih tinggi dari Gunung Everest (sekiranya ada), tetap ianya lebih baik dan patut dibela berbanding ego lelaki yang sentiasa akan membawa kepada arah negatif baginya. Perempuan itu perlu nampak kuat dimata lelaki, katanya.

4- Cuba sedaya-upaya memenuhi kembali no 1, 2 dan 3 di atas



Ya, bagus itu memang bagus untuk membela saudara anda sendiri wahai kaum hawa dan saya sendiri sangat membela kaum hawa. Tapi, bukankah lelaki sudah dicipta dengan 9 akal 1 nafsu adapaun perempuan itu 9 nafsu 1 akal? Bukankah tuhan ciptakan Adam dahulu dan ajarkan semua perkara sebelum ciptakan Hawa supaya Adam dapat ajarkan semula kepada Hawa? Bukankan fitrah tuhan ciptakan kepada manusia untuk lelaki memimpin wanita dan bukan wanita memimpin lelaki? Kalau perempuan cuba dan ingin memimpin lelaki, lelaki pula ingin memimpin siapa? Ingat, selama mana kau bertuhan dan berpaksikan tuhan, fitrah yang diciptaNya jangan kau kacau dan ubah, Dia marah!

Saya tidak juga bermaksud untuk cuba sampaikan mana-mana jantina lebih baik dan bagus walaupun mungkin sekiranya lelaki itu lebih bagus dari perempuan. Mungkin ideologi bahawa perempuan itu superior dari lelaki itu tidak sepatutnya diapi-apikan.

Kembali semula kepada video yang menghiburkan ini, apa yang sangat lucu ialah bila seorang dari perserta itu terus menjawab soalan yang belum pun sempat dihabis baca oleh pengacara. Bertambah lagi lucu ialah jawapan yang diberikan tidak ada langsung dalam senarai pilihan jawapan. Oh yeah, sekurang-kurangnya kita tahu, peserta itu berkeyakinan tinggi. Sangat tinggi. Lulz

Go Girls Power!!!

Rabu, 2 Mac 2016

All Thanks For Your Help

Hi there,

Its Haikal here, currently I'm doing Master Of Philosophy (Environment) in UTM

Yeah, for this study, I really need a lot for financial support. Unfortunately, I still cannot make myself attached to any sponsorship and scholarship. I still try my best for any opportunities that I can apply for scholarship or sponsorship. 

So, I go for SkolaFund Crowd-Fundraising. Details on my campaign are available here



For all that contribute for the sponsor, you guys own all my thank. Thank you

Yeah, if you wanted to help me but you can't give much, feel free to share it on your Facebook. It is on my wall post. Also, fell free to RT my pinned tweet. Thanks you also for helping this to go viral. If you can't sponsor it, maybe other kind person read via your share or RT, may give some sponsorship.

Thank you also for your time to read this post

Haikal