Terpulang kepada anda mahu kata apa, aku nak defend atau aku nak bersihkan nama. Satu yang pasti aku nak bagi benda ni clear.
Semuanya bermula dengan kami roasted each other YouTube channel. Aku kata buruk (dengan niat untuk bermain-main) pada channel hang, dan hang buat sama pada aku. Bagi aku, aku bersikap terbuka, tiada sekelumit pun aku ambil hati dengan apa yang hang kata. Aku pun tak tahu yang hang akan rasa sama macam aku rasa. Maka, aku teruskan jelah.
Satu hint awal bila kawan sorang ada tanya di Twitter
Pada masa ni, aku masih abaikan dan tak ambil endah sebab aku tahu apa yang aku buat dan niat aku hanya bergurau. Jadi, kami teruskan hari-hari kami macam biasa.
Tiba-tiba, hari ini aku buat macam seperti hari-hari lain juga. Berbalas kata-kata 'dengki' pasal channel kami masing-masing cuma kali ini luar biasa sebab kali ini ada respon yang sangat hebat dan luar biasa dari pihak luar
Maka bila ditanya secara private, ternyata beliau mengakui aku sudah melampaui batas dan agak biadap. Pada mulanya beliau tiada meletakkan rasa sakit hati sehinggalah hari ini. Tambah pula, kawannya tegur akan hal ini. Terpana sekejap. Mungkin aku sudah tertekan butang 'you-cross-that-line-dude' secara tidak sengaja tanpa sedar.
Aku sudah ber-juta kali mohon maaf dari beliau dan kami bermaafan sesama kami. Antara kami semuanya selesai. Itu yang penting. Bagaimana pula dengan pandangan orang sekeliling? Bagi mereka yang mahu tahu pasal hal ini, aku terbuka untuk kalian tanya secara private and personal dengan aku.
Apa yang aku belajar dari sini?
1- Meskipun kita sudah kenal lama mahupun baru sesaat, setiap orang ada meletakkan berapa jauh kawan-kawannya boleh dekat dan bergurau. Hormati dan jaga garisan tersebut
2- Bagi kita memang lawak dan menghiburkan, tapi siapa tahu bagi pihak kedua? Semua orang ada breaking point yang mana kita tak tahu bila dan sampai mana. Respect fikrah orang meskipun tidak ditulis dan dinyatakan di bio Instagram dan Twitter nya.
3- Aku baru paham apa rasanya bila mereka yang selama ini bermain dengan emosi dan psikologi terhadap aku, yang mana selalu cucuk aku. Seronok itu pasti, tapi kenapa kalian tiada rasa bersalah seperti mana aku rasa hari ini bila kalian selalu cucuk secara psikologi.
Buat sekelian kalinya
Maaf Ber-Juta Kali