Mahu atau tidak kita semua perlu membesar, fizikal, iman, mental dan yang berkaitan. Membesar sangat kurang menyeronokan itu yang aku boleh cakap sekarang. Sampai satu tahap kau kena juga membesar. Terpaksa teruskan hidup kau. Tinggalkan yang lalu. Mulakan baru. Itu yang paling susah.
Aku ada di Terengganu sekarang. Terima hadiah graduasi. Kita semua berkumpul kembali. Walaupun sekejap dan sementara, mereka datang tinggalkan aku dengan satu rasa. Rasa yang mana aku tak tahu nak kata. Ye tahu, sini kita ada buat marah-marah dan sedih-sedih tapi sini juga kita ada gelak, kongsi bahagia dan melawak bersama.
Untuk 3 tahun, kita kenal dan berkawan, bagi aku sudah cukup untuk tanam rasa ini dan tumbuh menjadi-jadi bila semua sudah tiada di sini. Apa yang tinggal? Bayangan kenangan dan memori selama kita pernah bersama di sini.
Mana-mana pergi, ada bayangan mereka semua.
Pergi situ - " Oh, sini aku pernah tolak kereta rosak minah tu tengah malam "
Pergi sini - " Dulu kita pernah mandi sini, buat event untuk junior, ronda dengan motor petang-petang dan lain-lain "
Lalu situ - " Nasib aku antara saksi dan kawan yang paling awal ada tempat diorang eksiden kat sini, kesian tengok muka diorang masa berbaring atas jalan tar dulu "
Lalu sini - " Kedai roti canai sarapan hampir setiap pagi kami kat sini. Sedap "
Aku tanya kawan aku, dia pernah rasa mungkin rasa ini awal dulu dari aku rasa
" Macam mana kau hadap satu rasa ni bila semua kawan-kawan kita sudah tak ada kat sini? "
Merenung dalam sebelum menjawab
" Time will heal this wound "
![]() |
| Semoga berjaya kalian semua. Kalau umur kita panjang, insyallah kita jumpa lagi. Ketemu lagi di lain masa di lain tempat. Baik-baik selalu :) |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Kata Anda?