Sesetengah orang mahu tinggi, bukan sekadar fizikal tapi juga prospektif
Balik-balik ditanya diri sendiri lagi, kesan yang kau mahu nanti negatif atau positif?
Hamba lain juga tinggi contohnya pokok, tapi tak perlu tinggi tapi berbuah jadi nasi
Sebab bila kau tinggi memang seronok, masa itu kau rasa kau boleh dominasi
Ya, seronok dominasi orang, kau rasa macam kau seorang yang paling hebat
Orang yang kau kurang seronok kau layan garang, kalau orang lain bercakap kau bermulut lebat
Aku pernah dominasi dulu, aku sedar apa jadi masa itu
Buat keputusan saja semua melulu, kerana ketua ialah aku masa itu
Aku ketua, aku hanyut dengan kuasa
Tempat aku sentiasa bukan dua, jadi yang pertama ialah sentiasa
13 buat aku sedar, bila mana masuk tempat yang aku ialah biasa
Masa itu duduk seorang diri bersandar, banyaknya salah silap aku berdosa
Makin besar makin jadi 'diam', aku buang banyak dominasi ego itu
Aku tinggal belakang dunia lama kelam, aku buang dominasi sana situ
Sekarang mereka pula sedang dominasi, mereka juga percaya mereka berjaya
Mereka rasa berjaya kerana aku buat lemah kita disisi, aku tahu sesetengah dari mereka kaya
Mereka buat aku nampak lemah, lemah yang orang nampak ada sebab
Bercakap-cakap macam Mak Jemah, mereka topengkan aku bodoh dan lembab
Antara sebab kau malu berkawan dengan aku, topeng yang dipakaikan pada aku tebal
Aku bodoh, lampi, bengap aku kaku, aku sedar semua itu tapi malas fikir nanti diri rasa bebal
Kalau berkawan sekalipun sesetengah ada kesan lain, mereka tetap dominasi secara tidak langsung
Pandangan dan idea campak macam buruk punya kain, malah tak sempat buka mulut langsung
Semua orang ada kelebihan masing-masing, itu yang buat kita berbeza antara kita
Ada yang boleh bertutur banyak bahasa asing, ada yang rajin sangan buat-buat cerita
Jadi, kalau aku lemah dalam semua perkara, aku mungkin hebat dalam satu hal banyak kemahiran
Hal yang mana kau pula akan malu kalau ada anak dara, kalau dicerita kau malu kau baran
Di sini nampak beza kau dengan aku, mungkin orang lain juga boleh buat penilaian
Beza ini tak banyak hanya satu, pernahkah kau lihat aku baran?
Sementara aku masih benyawa, aku akan terus melawak
Bila roh ini sudah dibawa, aku sudah tidak mampu buat kau ketawa buat kau gelak

overthinking je ni.
BalasPadamMungkin juga
Padamwah, sastera sungguh awat?
BalasPadamBiasa-biasa ja
Padam