Isnin, 10 November 2014

Merapu kan?



Masa zaman sekolah dulu, ada satu masa, kami pernah sembang-sembang kosong bila tiada cikgu masuk mengajar. Masa inilah sembang banyak benda merapu. Masa inilah kami perasan kami antara 

1- Pengulas sukan terbaik bola sepak.

" Punca MU kalah semalam, Rooney tak pass bola kat Ji-Sung. Bolot sorang. Macam Shrek. "


2- Saintis hebat

A: Arnab ni kira macam makan isi perut sendiri balik lah kan? Eeeii, geli aku

B: Sate arnab kat Pekan Rabu tu sedap, kan?

A: Tu lah, kalau aku makan mesti tak puas. Apa rahsia diorang punya sate?

B; Arnab diorang makan isi perut sendiri


3- Bakal usahawan berjaya

" Habis SPM ni, aku nak buka kedai jual baju. Sehari mau-mau boleh untung RM300 lebih. Kalau sebulan, tak RM9000. Fuuh, kaya aku. Jangan tanyalah kalau aku jumpa korang dengan BMW 5series "

" Masalahnya bukannya tiap-tiap hari orang beli baju. Bukannya tiap-tiap hari boleh dapat untung sama. Itupun kalau laku "

4- Pakar Ekonomi Malaysia & Dunia

" Balik-balik kalau harga minyak dunia naik, mesti harga minyak Malaysia naik juga. nanti sakitlah rakyat, Harga gula naik, harga garam naik, harga roti Gardenia naik. Semua benda nak naik. Naik kepala betul diorang ni "

Tiba-tiba, kalau ada adik-adik junior perempuan lalu nak ke tandas depan kelas, yang comel-comel, perbincangan akan di-iklankan sekejap.

" Fuuuhh lawanya budak tadi "

" Lawa dekat mana entahlah engkau ni? "

Dengan laju nak bidas balik

" Dia ada lesung p*p*t "

Kami semua terkejut
" Lesung apa? "

" Errr, maksud aku lesung pipit "


* - gantikan dengan 'e' p*p*t, bukan 'e' taling


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Kata Anda?