Pernah masa zaman sekolah, ada satu cikgu (tambahan yang anak dara) menjadi perhatian pelajar lelaki lain? Crush pada cikgu? Suasana sekolah aku dulu tidaklah sehebat sekolah-sekolah bandar lain sampaikan cikgu dan murid bercinta. Crush sampai crush dan tidak lebih.
Warden asrama aku ialah cikgu sekolah aku juga. Anak kandung beliau sendiri pada 2010 sudah 10 orang. Tidak hairanlah pengetua lantik beliau sebagai warden. Pengetua tahu Cikgu Sabri mampu jaga kami yang nakal. Senakal-nakal kami, kantoi juga bila lompat pagar jumpa pergi pasar malam.
" Beli apa, Arif? "
" Eh Cikgu Sabri, Ayam percik saje. Cikgu buat apa kat sini? "
" Tadi orang rumah suruh beli makanan sikit tapi tak jadilah. Baik saya tangkap budak asrama yang fly pergi pasar malam. Lagi best "
" He He He "
" Esok isnin, bawak buku laporan asrama, ambil surat dekat bilik guru atas meja saya. Tak lama seminggu je "
Isnin, pergi jumpa. Meja Cikgu Sabri ada surat kiriman tidak rasmi
" Cuci karpet surau atau surat sampai rumah pada ayah kamu "
Pandai beliau gertak dan mengugut. Terima kasih dan berjaya.
Ada juga engkau pada tahun peperiksaan besar kau macam PMR dan SPM, engkau kena cikgu yang kuat merajuk malah siap menyumpah macam-macam.
" SPM tak lulus kelas ni"
Nanti berduyunlah budak-budak perempuan kelas kau pergi keluar masuk bilik guru minta maaf. Malah, yang paling teruk sekali menagis teresak-esak untuk dapatkan balik berkat guru. Pelajar lelaki? Kami biasanya elakkan buat kerja berulang-kali. Buat apa kami perlu minta maaf kalau budak perempuan sudah pergi. Lagipun, kebanyakkan yang berjaya pujuk hati cikgu yang merajuk ialah pelajar perempuan.
Pernah kau dari zaman sekolah akan ada cikgu yang merajuk pada satu kelas terkadang silapnya bukan besar mana pon. Tapi kadang-kadang menyumpah bagai nak rak aahh " SPM jangan harap nak lulus!!! "
Kalau yang baik sikit dia cakap macam ni pon dah okey " Kelas kamu ni kelas yang paling nakal dalam sejarah sekolah ni "
Terfikir juga, bukan kalau dia marah dia akan keluarkan ayat yang sama pada tiap-tiap tahun dalam tiap-tiap kelas yang cikgu tu ajar?
Terfikir
Terima Kasih, Cikgu
Selamat Hari Guru
Jadilh anak murid yg selalu mendoakn guru-gurunya
BalasPadam