Sememangnya diktator yang berjaya ialah diktaktor yang dibenci orang ramai. Secara global, memanglah tak mampu buat analisis - apakah ciri-ciri diktator yang berjaya. Tetapi, kalau bagi mereka atau mungkin kawan-kawan anda, anda sudah boleh nampak beberapa tanda yang kawan anda boleh menjadi diktator yang berjaya dan dibenci ramai. Dibenci sampaikan semua kena ikut arahannya bila beliau memberi arahan meskipun tiada kaitan sebab arahan tersebut diberi atau dikeluarkan.
Berikut beberapa ciri yang boleh anda nampak dalam diri bakal diktator yang berjaya
1- Ulang Suara
Apabila beliau ingin menyampaikan pengumuman, pengumuman tersebut akan diulang suara berkali-kali malah berjuta kali sampaikan penerima tertekan dengan pengumuman tersebut. Ya betul, sama, kita sama tertanya-tanya kenapa. Kenapa perlu ulang suara sampai berbanyak-banyak kali? Senang. Beliau mahu pastikan pengumuman ataupun ideologi beliau (bakal diktator) meresap dalam kepala otak penerima dan tiada alasan untuk penerima memberi alasan cliche -
" Tak tahu pun "
" Tak bagi tahu pun "
" Maaf, aku lupa "
Tidak cukup dengan satu medium yang digunakan. Kalau Bumi ini ada 100 jenis lain-lain media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan banyak lagi, beliau kalau akan guna 200 jenis lain-lain media sosial untuk sampaikan pengumuman. Oh jangan lupa, ianya diulang suara berkali-kali.
2- Bincang = Arahan
Apabila beliau ajak berbincang, sebenarnya beliau mahu memberi arahan. Sudah nama pun bakal diktator ataupun diktator peringkat individual, mana mungkin beliau akan terus-menerus cakap -
" Hari ini aku nak bagi arahan "
Kerana terlalu bijak, anda tidak akan sedar yang dia telah memberi arahan dalam sedang berbincang tersebut. Kalau yang lebih berani lagi, anda boleh sedar dia memberi arahan dan arahan dari beliau ini hendaklah dipatuhi
" Hari ini kita akan bincang masalah makanan tak cukup dan isu selipar di luar rumah yang tidak tersusun "
" Aku pun nampak isu masalah selipar tak tersusun tu "
" Bagus, ada cadangan macam mana kita nak selesaikan? "
" Aku cadangkan... "
" Untuk selipar yang bersepah dekat luar, kita akan adakan limit waktu keluar masuk rumah, sekurang-kurangnya lepas ini kurang bersepah dan selipar boleh dikemas serentak dalam satu masa "
" Tapi, lain orang lain... "
" Okey bagi makanan tak cukup pula, kita akan buat waktu makan yang serentak. Ini akan menjimatkan makanan yang boleh dikongsi-kongsi. Lebih ukwah fillah abadan abada "
" Bukan semua orang... "
" Sekarang kita boleh teruskan dengan isu berbangkit yang lain-lain pula "
3- Perkaitan & Sebab Yang Tiada Kaitan
Seusai beliau sampaikan 'arahan' dalam 'perbincangan', jika ada antara ahli parti yang menanyakan sebab kenapa arahan sedemikian rupa, beliau dengan lagak yakin memberikan sebab dan perkaitan yang tiada langsung berkait malah tidak relevan. Kalau beliau bijak, beliau akan pusing supaya nampak perkaitan dan 'arahan' tadi boleh diguna pakai.
Apa yang dikisahkan? Yang penting semua orang kena ikut arahan beliau. Bukan begitu?
" Isu berbangkit seterusnya, bil air ni dah melambung "
" Aku dah pikir penyelesiannya, aku cadangkan... "
" Ingat tak tadi aku cakap kita makan sama-sama nak bagi makanan cukup? Kalau kita makan sama-sama, kita akan guna bilik air sama-sama. Jadi, air akan lebih jimat. Berbanding kita makan waktu asing-asing ikut kehendak masing-masing, nanti kita akan guna bilik air continuously. Makan cukup, air pun jimat "
Kan? Tidak relevan dan tiada kaitan.
4- Solitary
Seorang diktator, kebanyakannya memberi arahan dengan tiadanya pengaruh mana-mana pihak. Mungkin atas beberapa perkara, beliau akan mendapat nasihat sebelum memberi arahan.
Jadi, kepada kawan-kawan anda yang bakal-bakal diktator, mereka telah pupuk diri mereka untuk boleh hidup tanpa kebergantungan dari orang sekelilingnya meskipun kebergantungan tersebut tidak seberapa dan tidak membebankan. Beliau sedang melatih dirinya.
" Siapa perlukan bantuan kalau kita ada apa yang kita boleh guna. Gunakan sebaik mungkin apa yang kita ada "
5- Kedekut Atau Terlalu Berjimat
Beliau sudah ada apa yang beliau boleh guna disekeliling beliau. Material ataupun bahan mentah yang ada disekeliling beliau akan digunakkan semaximum mungkin. Bagi barangan beliau yang boleh digunakan untuk kegunaan ramai, kalau berani gunalah dan lihat apa reaksi beliau. Ini satu cabaran dari penulis kepada pembaca. Lulz.
Kadang-kadang, anda akan keliru samada apa yang beliau buat ialah berjimat atau kedekut? Cara untuk kenal pasti kawan anda ialah bakal diktator yang berjaya -
Anda berbelanja lebih dengan duit sendiri dihadapan kawan anda yang anda mahu jalankan ujian bakan diktator. Sekiranya beliau judgmental dengan anda seumur hidup anda, maka saya ucapkan -
" Tahniah! Kawan anda seorang bakal diktator yang berjaya "





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Kata Anda?