Selasa, 2 September 2014

Pergi Mana?


Mahu paham apa itu bosan buat benda sama setiap hari? Cuba buat FYP di pulau selama 2 minggu dimana bekalan elektrik hanya pada waktu malam dan bekalan air tawar macam bermain-main dengan kita. Kadang-kadang ada, kadang tiada langsung.



Tertekan? Bosan? Letih? Penat? Namakan, sebutkan atau senaraikan semua yang seangkatan dengannya. Semua sudah dilalui. Tiada apa benda cerita menarik pun yang boleh dicanang di sini tentang tinggal di pulau untuk 2 minggu. Itu belum cerita lagi kudis-kudis di kaki, sengatan Mahkota Berduri atau ‘Crown-Of-Thorn’ (COT). Tapi ada banyak pengalaman baru yang dapat. Banyak sangat. Berbaloi.


Itu KiKi. Saya yang bagi nama. KiKi The Green Turtle. Setiap hari kalau turun menyelam, memang jadi kewajipan untuk terserempak, jumpa atau tegur KiKi. KiKi memang tinggal dan makan di kawasan batu karang depan Stesen Penyelidikan UMT, Pulau Bidong.




Selesai 2 minggu ber-FYP, larikan dari dari supervisor ke Kota Bahru dan Kelantan. Tempat pertama singgah di Kelantan, Wakaf Che Yeh. Selama ini duduk susah pikir cari dekat mana kasut bola tampar Mizuno yang murah. Tapi tiada lagi. Wakaf Che Yeh ada banyak pilihan dan murah. Beli. RM 28 tunai sahaja.


Tempat kedua. Pasar Siti Khadijah. Menarik. Kompleks membeli-belah versi tradisional. Tidak semua barang boleh dapat tapi kebanyakkan barang di sini boleh dapat. Telur penyu antara salah satunya. Pelik. (1) bukankah menjual telur penyu itu salah di sisi undang-undang? dan (2) kalau betul salah menjual telur penyu di tempat awam, kenapa masih ada yang berani menjual?


“Kak, apa beza yang kiri dengan yang kanan?”

“Kiri mentah. Masih berpasir. Kanan dah masak (rebus)”

“Harga?”

“Dua-dua yang kiri dan kanan. Satu RM 4. 3 RM 10”

“Dari mana dapat telur ni?”

“Bukan dari sini (semenanjung)”

“Habis tu yang jual dekat Terengganu mana pergi?”

“Yang Terengganu sendiri pon datang dari Sabah jugak”


Jadi mana pergi telur penyu Terengganu?


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah. Harap semua telur penyu dari terengganu semua pergi kat tempat lu

      Padam

Apa Kata Anda?